Tuesday, 7 August 2012

JERAT DI HUTAN

Jerat


Jerat ialah sejenis alat perangkap untuk menangkap binatang di hutan sepertiayam hutan, rusa, burung, pelanduk dan banyak lagi. Kebanyakan pemburumenggunakan jerat kerana lebih berkesan dan tidak perlu diawasi. Jerat ini jugatidak mencemarkan alam kerana ia menggunakan bahan semulajadi sepertipohon atau ranting dan buah-buahan sebagai umpan. Terdapat jerat yang bolehmembawa mati kepada mangsanya dan ada juga yang ditangkap hidup-hidup.


Jerat ini dibentuk melalui sebuah pohon kecil atau sesuatu yang berat yangditegangkan oleh seutas tali yang dililitkan pada tongkat yang ditancapkan ketanah.Pada hujung tali terdapat simpul yang dipasangkan ke sebuah tangkai. Bilabinatang yang sedang mencari makanan menyentuh tangkai ini maka jerat akanlepas/bingkas dan menjerat binatang tersebut. Biasanya binatang yang telahterjerat jarang dapat melepaskan diri. Jerat yang dipasang akan ditinggal selamasehari atau dua hari.Jerat ini biasanya dipasang di kawasan semak-semak, celah-celah pohon, dibanir pohon, kebun dan kawasan yang berdekatan dengan sungai atau sumber makanan.



Jenis-jenis Jerat

1. Jerat bidas.



  • Ikat tali jerat pada hujung joran, kemudian buatkan running bowline dihujung tali tersebut.
  • Ikat kayu pembingkas pa tali joran tersebut.
  • Pasangkan kayu lengkung atas denai (laluan) binatang dengan mencacak kedua-dua hujung di atas tanah.

Cacak joran. Lenturkan joran. Bakakan kayu pembimkas kepada kayu lengkung dan dikunci dengan kayu palang. Aturkan kayu para di atas palang dan bukankan gelung tali seluas yang mungkin di atas para. Jerat akan bingkas apabila para dipijak oleh binatang tersebut.

2. Kurungan






3. Pelantak Monyet


4. Lukah untuk menangkap ikan
5. Bubu
6. Serkap
7. Jerat pintas
8. Jebak
9. Getah Terap
10.Lembing untuk menangkap ikan
11. Jerat lubang
12. Jerat bakul atau kotak

Perangkap terbahagi kepada dua:

i. Perangkap berumpan
Perangkap jenis ini kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap yang tidak menggunakan umpan. Dengan menggunakan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap. Tempat yang hendak di pasang hendaklah bersesuaian dengan jenis binatang yang hendak ditangkap.Tentukan terlebih dahulu apakah binatang yang hendak ditangkap dan apakah umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.

ii. Perangkap tidak menggunakan umpan
Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa umpan bagi menarik perhatian binatang. Tetapi yang perlu dalam persediaan memasang perangkap jenis ini adalah dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat binatang bermain atau tempat binatang tersebut mencari makan atau minum. Kebiasannya jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang. Asalkan binatang melalui sahaja perangkap ia pasti akan terjerat. Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.

Jerat Bidas
Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan umpan ataupun tidak. Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat, Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.

sekiann =)


No comments:

Post a Comment